
Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di tanah Arab. Dibawah
pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah tersebar pesat dan
luas menambat hati dan iman penduduk Semenanjung Arab. Kurang satu
abad selepas kota Mekah dibuka semula pada tahun 630, kerajaan Islam
telah berjaya menyebar luaskan agama Islam sehingga ke India dan hingga
ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.
Di bahagian barat, penyebaran agama Islam lebih cepat berlaku
terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada Tahun 711, Islam berjaya
sampai ke Sepanyol. Hasil daripada penyebaran agama Islam hingga hampir
dua per tiga dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada kerajaan
Islam. Budaya Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.
Inilah titik permulaan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Agama
Islam telah membawa satu budaya yakni budaya cintakan ilmu yang sangat
besar peranannya kepada dunia ilmu pengetahuan. Itulah cantiknya Islam,
tidak pernah menolak bulat-bulat ilmu pengetahuan di dalam kehidupan.
Sejarah Matematik Islam

Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat lebih suka merujuk perkembangan
sejarah Matematik ditanah Arab sebagai Matematik Islam kerana ia adalah
kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa Rasulullah yang
mementingkan soal ilmu pengetahuan. Perkembangan Ilmu pengetahuan banyak
berlaku di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa yang sama
Eropah masih di Zaman Gelap. Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya
dikalangan orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir.
Jadi, Matematik Islam lebih sesuai dengan daripada Matematik Arab.
Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur membuka kota Baghdad yang selepas
itu menjadi tempat perkembangan Ilmu termasyhur didunia. Cendiakawan dan
cerdik pandai dialu-alukan kedatangan mereka ke Kota Baghdad. Khalifah
Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun 786 hingga 809 telah
menubuhkan perpustakaan di Baghdad. Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari
pelbagai bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya dari
tamadun Yunani termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks
saintifik. Kemudian ia diterjemahkan ke bahasa Arab. Penganti Harun
al-Rashid, Khalifah Al-Ma’mun meneruskan usaha ini pada skala yang lebih
besar dan sehingga tertubuhnya Baitul Hikmah yang bertahan selama 200
tahun. Ilmuan-ilmuan dari seluruh bahagian dalam pemerintahan dijemput
untuk menterjemahkan bahasa Greek dan India dan juga menjalankan
penyelidikan.
Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas kerja cendiakawan
seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus, Plotemy dan ramai
lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa arab untuk kegunaan
ilmuan-ilmuan disana. Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya mengumpul
kajian-kajian lama, bahkan mereka telah mengembangkan ilmu-ilmu kepada
satu perspektit baru yang lebih releven. Ini kerana ahli matematik
sebelum mereka mengunakan matematik untuk perkara-perkara yang tidak
penting kepada manusia seperti menghitung cinta dan sebagainya. Di dalam
Matematik Islam, ia lebih banyak digunakan untuk perkara-perkara yang
praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga disebut sebagai
Sunnatullah. Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir dengan bertemu
dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam dan saintis.
Tujuan mereka adalah Allah.

Ilmuan Islam sentiasa memulakan kerja dengan lafaz ”Basmalah”.
“The mathematicians responded by always invoking the name
of God at the beginning and end of their works and even occasionally
referring to Divine assistance throughout the texts”
Terpegun membaca ayat ini.
Subhanallah, begitulah akhlak ilmuan Islam dahulu yang sentiasa
mengingati Allah dalam setiap perkerjaan yang mereka lakukan. Sentiasa
memulakan dan mengakhiri dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan
Penyayang, serta segala apa yang mereka berjaya hasilkan, mereka
dikembalikan pujian hanya kepada Allah.
Tidak seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan Islam tidak hanya
berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk memudahkan
kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied Math
atau matematik gunaan.
Hari ini, satu sejarah lengkap tentang Matematik Islam masih belum
ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip Ilmuan Islam yang masih
belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia. Oleh kerana kepentingan
politik yang memeningkan, akses kepada hasil kajian mereka yang penting
disekat dan dilarang. Namun, fakta asas tentang dunia Matematik Islam
masih diketahui. Antara sebab penyekatan ini adalah untuk mengelak umat
Islam sedar yang tamadun Islam sangat banyak menyumbang kepada
percambahan ilmu pengetahuan pada masa ini. Ia juga antara rancangan
musuh Islam untuk melenyapkan kehebatan Islam dari pengetahuan umat
Islam di Zaman ini.
Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk secara khususnya dalam
penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan topik Algebra secara
tersusun dan juga dalam topik Geometri. Beberapa penambahbaikan dalam
topik Trigonometri. Apabila Eropah keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak
memerlukan masa yang banyak untuk mengejar apa yang mereka
terkebelakang kerana semuanya hampir lengkap. Hanya perlukan penjenamaan
semula dan kembangkan ilmu itu.
(Olahan semula dari buku A History Of Mathematics: An Introduction; Victor J. Katz: Chapter The Mathematics of Islam)
Sejarah ditulis oleh pemenang

Hari ini, banyak formula-formula dan tajuk-tajuk matematik terabadi
nama ilmuan barat didalamnya. Walaupun hakikatnya mereka hanya
menjenamakan semula apa yang telah ada dalam dunia matematik Islam.
Nama-nama ilmuan Islam tidak terabadi dalam sebarang teori-teori dan
formula-formula matematik. Hanya nama-nama seperti Euclid, Newton,
Einstein, Diophantus, Sarrus, Fibonacci dan sebagainya lebih banyak
diabadikan. Mungkin nama-nama ilmuan Islam tidak diabadikan bertujuan
untuk menjauhkan Islam daripada disebut dalam lecture dan supaya Islam
dilihat tidak
significant dengan Ilmu.Sekadar pandangan.
Ayuh budayakan semula budaya cintakan Ilmu supaya kita turut maju
kehadapan dan kita hapuskan salah tanggapan dunia kepada Islam.
Kembalilah kepada Islam. Hujung Akal, pangkal Agama. Ilmu ditimba
diakhirnya bertemu dengan Kebesaran Allah, Tuhan Yang Mengetahui.
Syumulislam
3 Rabiulawal 1430
Sheffield
http://syumulislam.wordpress.com/2009/02/28/kesan-tamadun-islam-terhadap-dunia-matematik/