Thursday 8 March 2012

KEBEJATAN MORAL PETANDA KERUNTUHAN TAMADUN




(Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala TPM)-video-

Setiap tamadun yang terbentuk telah dibina atas dasar moral etikanya, agama, budaya, keintelektualannya dan sebagainya.

Sejarah telah membuktikan bahawa sememangnya turun naik sesebuah ketamadunan seperti zaman Firaun, Cina Kuno, Yunani, Parsi dan lain-lain lagi tamadun besar dunia amatlah bergantung kepada dasar moralnya.

Jikalau diamati dari sudut kehidupan perseorangan, entiti moral memainkan peranan yang amat penting dalam mengukur integriti dan keperibadia. Dengan mengukur dimensi moral seseorang individu, kita dapat mengatakan sama ada beliau seseorang yang bermoral ataupun sebaliknya.

Natijahnya, dengan menggunakan formula yang sama, apatah lagi kesannya kepada organisme yang jauh lebih besar dan kompleks iaitu ketamadunan manusia.

“Dimensi moral tidak dapat diabaikan dan tiada ketamadunan yang bertahan dan berkembang dengan pengabaian dimensi moralnya”

No comments:

Post a Comment