Monday 12 March 2012

Zaman Batu Hanyalah Satu Konspirasi Freemanson

Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu. Kononnya manusia zaman tersebut tidak mengetahui apa-apa. Malah tidak tahu bercakap. Tiada bahasa. Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan. Dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang. Itulah sejarah yang dipercayai oleh majoriti manusia sekarang dan diajar di sekolah dan universiti. Tanyalah sesiapa sahaja, garis masa seperti itulah yang akan dijawab oleh mereka.
Apabila disebut zaman purba, mereka akan membayangkan orang yang tinggal di dalam gua. Tetapi lupakah anda bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam AS sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasulullah SAW? Ini menunjukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan! Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam AS sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras seperti manusia yang wujud pada hari ini. Adakah Nabi Adam AS diturunkan dalam keadaan yang hina seperti monyet oleh ALLAH tanpa sebarang ilmu? Nabi Nuh sudah pandai membuat bahtera yang besar. Stonhege dan Piramid Giza adalah contoh binaan orang-orang yang kita gelar kononnya sebagai “orang gua”? Sebuah artifak yang begitu unik telah ditemui dalam tamadun Babylon. Dan setelah dikaji, ianya merupakan sebuah bateri. Dan ini menunjukkan kerajaan kuno Babylon sudah pandai menggunakan tenaga elektrik berjuta-juta tahun dahulu sebelum kita.

CHARLES DARWIN dan para penyokong teori evolusi adalahdalang di sebalik penipuan sejarah ini!!

Tak perlu untuk saya menceritakan lagi.., hanya dengan kata-kata tidak dapat membuktikan kesahihan ini.. Berikut adalah sedikit video untuk membuktikan tajuk diatas... renung-renungkanlah~~~

http://www.youtube.com/watch?v=j78nouUId6M

No comments:

Post a Comment