RASA SEDIH DAN
INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini
adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana
atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.
Memperingati 90
tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN
PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!
Khalifah
terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki
pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.
Hari ini 3hb Mac
2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh
dunia.
Dengan sokongan
dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan
penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi
3 Mac 1924.
Kamal telah
memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan
Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di
istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya
ke Switzerland.
Atartuk
kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar
daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama
ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan
dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.
Akhirnya impian
British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam
yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa
Kamal laknatullah.
Setelah jatuhnya
khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh
termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.
Kini, telah 90
tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimana
keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani,
Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di
negara tercinta Malaysia.
Rata-rata umat
Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau
pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7
bilion daripada total 7 bilion).
Persoalannya :
Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam
yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
No comments:
Post a Comment