Zaman Batu Hanyalah Satu Konspirasi Freemanson
Kita sering
menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu. Kononnya
manusia zaman tersebut tidak mengetahui apa-apa. Malah tidak tahu bercakap.
Tiada bahasa. Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan. Dan akhirnya
memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang. Itulah sejarah yang
dipercayai oleh majoriti manusia sekarang dan diajar di sekolah dan universiti.
Tanyalah sesiapa sahaja, garis masa seperti itulah yang akan dijawab oleh
mereka.
Apabila disebut
zaman purba, mereka akan membayangkan orang yang tinggal di dalam gua. Tetapi
lupakah anda bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam
AS sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasulullah SAW? Ini
menunjukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan! Adakah mereka
tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam AS sudah pandai
berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras seperti
manusia yang wujud pada hari ini.
Adakah Nabi Adam
AS diturunkan dalam keadaan yang hina seperti monyet oleh ALLAH tanpa sebarang
ilmu? Nabi Nuh sudah pandai membuat bahtera yang besar. Stonhege dan Piramid
Giza adalah contoh binaan orang-orang yang kita gelar kononnya sebagai “orang
gua”? Sebuah artifak yang begitu unik telah ditemui dalam tamadun Babylon. Dan
setelah dikaji, ianya merupakan sebuah bateri. Dan ini menunjukkan kerajaan
kuno Babylon sudah pandai menggunakan tenaga elektrik berjuta-juta tahun dahulu
sebelum kita.
CHARLES DARWIN
dan para penyokong teori evolusi adalahdalang di sebalik penipuan sejarah ini!!
No comments:
Post a Comment